Set Kemahiran ini dibina berasaskan masalah lazim terhadap penguasaan kemahiran-kemahiran asas mata pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah bagi Tahap Satu (Tahun hingga 3). Kemahiran-Kemahiran yang tersenarai adalah turutan kemahiran-kemahiran asas daripada yang mudah kepada yang lebih sukar berasaskan tiga peringkat domain kognitif, iaitu Pengetahuan, Pemahaman dan Penggunaan.
Sebagai panduan, Kemahiran Bahasa Melayu ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Senarai Kemahiran, Aktiviti Pembelajaran dan Senarai Contoh Bantu Mengajar yang berkaitan. Guru boleh mempelbagai bentuk alat bantuan mengajar dengan merujuk kepada set-set bantu mengajar yang dibekalkan ke sekolah-sekolah oleh Kementerian Pendidikan melalui pelbagai projek yang diusahakan oleh institusi-institusi pendidikan seperti "Projek InSpire, Projek BAKA dan Projek BUDI". Guru hendaklah mengenal pasti bahan-bahan yang boleh digunakan bagi aktiviti-aktiviti pembelajaran mengikut kemahiran-kemahiran yang tersenarai.
Kemahiran-kemahiran bagi aktiviti pemulihan mata pelajaran Bahasa Melayu : antaranya:-
HURUF : 1-Nama Huruf Kecil
2-Nama Huruf Besar
3-Huruf Vokal
No comments:
Post a Comment